Pages

2011-07-21

Angkasawan

Gua harap Major Dr Faiz Khaleed baca suratkhabar The Star hari ini. Siapa-siapa yang tak baca, sila klik sini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) patut hantar 10 orang untuk join program ni. Kos untuk hantar 10 orang lebih murah dari kos hantar Dr. Sheikh Muszaphar naik Soyuz. Ala, bukan susah sangat nak cari 10 orang. Cari je mana-mana mat rempit. Dengan kejayaan program terjunan kutub utara, gua yakin mat rempit boleh berjaya dengan program ni.

Kalau ANGKASA takde duit, gua rasa TV3 patut masukkan Major Dr Faiz dalam rancangan bersamamu. Rakyat Malaysia memang akan bagi support 100% dengan program macam ni. Rakyat mana yang tak bangga bila negara ada angkasawan. Setakat sorang 100 ringgit tu memang selamba je diorang derma.

Dengan join program ni, banyak lagi eksperimen yang Malaysia boleh kaji. Dulu Sheikh Muszaphar dah buat eksperimen main batu seremban. Gua rasa kali ni diorang patut cuba main congkak. Kalau hantar 10 orang, boleh main galah panjang terus.

1 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

gua suka pos ini.sangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...