Pages

2011-07-23

King!!!!

Dari Pasar Besar Seremban (sebelah kiri), jalan straight je. Korang akan jumpa 4 traffic light merah. Kalau nasib baik, dapat kaler hijau. Jalan agak sempit dan kenderaan agak banyak.

Lepas traffic light keempat, jalan terus lagi dan korang akan jumpa stesen minyak Petronas di sebelah kiri. Kalau kereta korang takde minyak, boleh berhenti di sini. Kalau taknak, depan sikit lagi ada satu lagi stesen Petronas.

Lepas Petronas, jalan agak berbengkang-bengkok. Terutama selepas simpang ke LEKAS. Korang boleh masuk LEKAS. Tapi sebab gua jiwa adventure, gua terus je. Ini sebenarnya jalan lama Seremban-KL. Boleh tembus ke Broga dan Cheras kalau ikut cakap pakcik gua.

Kalau korang bernasib baik, korang akan jumpa gerai-gerai jual petai. Agak mahal dari petai Rembau. Tapi bolehla kalau korang nak beli. Depan sikit lagi, korang akan jumpa satu lagi simpang masuk LEKAS. Kalau korang masuk LEKAS tadi, korang kena keluar dari simpang ni.

Lebih kurang 300m dari simpang tu, akan ada deretan-deretan kedai. Depan sikit lagi, korang akan jumpa satu pekan. Pekan ni namanya Mantin.

Jalan terus lagi korang akan jumpa balai polis. Lebih kurang 1km dari balai polis tu, korang akan jumpa satu gerai. Sorang nyonya dengan  3 4 orang anak dia jaga gerai tu. Parking kereta betul-betul depan gerai tu.

Dah parking, keluar kereta dan beli durian sebanyak mana yang korang nak. Gua bawak pakcik gua. Dia bawak modal RM70.


Banyak ni pakcik gua bawak balik.

1 pendapat tak boleh pakai:

Anonymous said...

dekat balik pulau lg mmurah jib
rm80 boleh dapat 1 kereta sorong
ambik kat kebun
yg jatuh2 masa makan boleh kutip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...