Bila ada kemusykilan tentang hal-hal kejuruteraan, mereka-mereka yang menggelar diri sebagai bijak pandai akan cuba mencari jawapan dari buku-buku kejuruteraan. Sekiranya tidak bertemu jawapan, mereka akan bertanya pula kepada jurutera-jurutera. Apabila mereka sudah bertemu jawapan, mereka sebarkan penemuan mereka kepada kawan-kawan, rakan-rakan, saudara-mara, etc. Dan mereka mendapat pujian kerana kebijaksanaan mereka.
Bila ada kemusykilan tentang hal-hal sejarah, mereka-mereka yang menggelar diri sebagai bijak pandai akan cuba mencari jawapan dari buku-buku sejarah. Sekiranya tidak bertemu jawapan, mereka akan bertanya pula kepada ahli-ahli sejarah. Apabila mereka sudah bertemu jawapan, mereka sebarkan penemuan mereka kepada kawan-kawan, rakan-rakan, saudara-mara, etc. Dan mereka mendapat pujian kerana kebijaksanaan mereka.
Bila ada kemusykilan tentang hal-hal agama, mereka-mereka yang menggelar diri sebagai bijak pandai tidak akan cuba mencari jawapan dari buku-buku agama. Mereka tidak akan bertanya pula kepada ulamak-ulamak. Mereka kemudiannya menyebarkan kemusykilan mereka kepada kawan-kawan, rakan-rakan, saudara-mara, etc. Dan mereka mendapat pujian kerana berfikiran terbuka.

4 pendapat tak boleh pakai:
mereka akan pergi tanya artis yang kononnya bijak pandai dalam agama
Bila mereka ada masalah dengan politik, mereka pangkah undi rosak... hahaha
semalam aku terfikir, jika kita kehilangan satu demi satu alim 'ulama yang selama ini cukup bertanggungjawab menegurkan kita apa yang patut, bagaimana nantinya kita?
situasi sekarang sangat berbeza. aku secara peribadi, sangat bimbang sebetulnya.
selain guru dan pengamalan ilmu, sumber itu sememangnya sangat penting.
sumber.
bab kesihatan tu..bese kalo sy, cite2 ape sy atau tau same2 kawan2 yg same2 sakit utk maklumat . selalunye sy dengar sbb byk xtau..hehe..bab aga agama itu mmg tak blh main2 pandai2.
Post a Comment