Pages

2011-10-12

Hukum Hipokrit Pertama

Sekarang ni gua tengok kempen yang paling stylo adalah kempen Katakan Tidak Pada Hipokrit. Gua setuju sangat dengan kempen ni. Gua memang benci orang hipokrit. Depan gua cakap gualah yang paling buruk muka, buruk perangai. Serba-serbi buruk. Tapi bila gua takde, mulalah puji-puji gua depan makwe-makwe lain. Jenis macam ni punya hipokrit memang gua tak boleh terima. Apa salahnya mengaku je gua hensem. Tak perlu selindung-selindung.

Tapi ada juga kawan-kawan gua yang sokong kempen ni sampai ke tahap gaban. Dia punya gaban sampai dia keluar satu hukum; biar tak sembahyang (dan ibadah2 lain), janji tidak hipokrit. Gua namakan hukum ni sebagai Hukum Hipokrit Pertama. Pendukung-pendukung hukum ni merasakan bahawa menjadi seorang yang tidak hipokrit lebih penting dari perkara-perkara lain. Biarlah kita minum arak, asalkan kita tidak hipokrit. Biarlah kita berbogel di KLCC, asalkan kita tidak hipokrit.

Awek-awek pun ramai yang menyokong Hukum Hipokrit Pertama ni. Kata mereka, biar tak pakai tudung, asalkan tidak hipokrit.

Pada yang menyokong Hukum Hipokrit Pertama, gua harap lu jangan bising-bising kalau gua cakap gua tidak hipokrit bila gua cakap lu bebal serupa baghal.

5 pendapat tak boleh pakai:

naqib faiz said...

hahahaha.. beabl gak

Nizam.Ariff said...

Aku selalu gak dengar macam tu..

macamlah Tak hipokrit itu satu hukum agung yang melangkaui segala hukum...


" gua ngaku minum arak.gua tak hipokrit..!" adakah bermaksud dia lebih baik dari orang yang tak minum arak? hahaha

manggosteen said...

hukum hipokrit kedua- biar hipokrit jangan hypokrit..

Zafira said...

maaf. aku nak guna harsh words eh.

aku memang rasa berbungkam je berhadapan orang macam ni. tak hipokrit konon. hello, nak jadi diri sendiri pun ada rules dan perlu sederhana okay.

go to river-lah with their 'tak hipokrit' stand tu. pendirian konon.. -_-

jenanese said...

naqib,
bebal kan?haha

aku,
kalau ikut hukum hipokrit pertama, ya dia lebih baik..haha

manggosteen,
gua tak faham hukum hipokrit kedua ni.sila terangkan dari sudut hukum thermodinamik pertama

zafira,
not harsh enuff. cuba lagi..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...