Pages

2011-10-03

Lembu dipegang pada talinya


Satu
“Lembu dipegang pada talinya bro” taip mimi guna handphone nokia merah.

 “Cis!!memang celaka lu punya sms” detik hati gua bila gua dapat sms dari mimi.

Ngam-ngam 1230, gua terus start Yamaha Kuasa Tinggi. Keluar kerja awal memang bukan identiti gua. Tapi untuk membuktikan gua bukan lembu, gua selamba keluar kerja awal.

 Sampai rumah gua terus capai beg. Goggle, baju, seluar, spender gua campak dalam Karrimor Scorch 20L. Yaesu FT60 gua pegang guna tangan kanan. Tangan kiri gua pegang kunci Unser Rally Dakkar. 1315, gua start enjin. Kalau gua bawak 250km/j, 1330 dah boleh sampai rumah Bob. Tapi gua ambik pendekatan berhati-hati. Gua tekan minyak kasi ngam-ngam 120km/j. Suis aircond gua tolak sampai takuk 2. Kasi jimat sikit minyak.

Gua dah kata gua bukan lembu. Jam 1400 gua dah sampai rumah Bob. Lepas parking, gua terus menapak pergi Kedai Nasi Ayam Mancongkam. Nasib baik tak puasa. Kalau puasa memang dah minum air sirap limau.

Lepas makan dan pindah barang masuk dalam Unser, gua terus drive menuju Srijaya, Pahang. Maro duduk kat sebelah gua. Saje gua suruh dia duduk situ, senang gua nak suruh dia pijak pedal minyak bila gua letih. Bob dan Nije duduk tengah-tengah macam pasangan gay. Mimi mungkin merajuk dengan Nije, duduk belakang sekali sorang-sorang.

depan dari kiri: lu baca la kat atas. gua malas nak ulang


Perbincangan dalam kereta berkisar kepada topic awek baju hijau naik fixie, ROI, DDU, DDP, MILF dan GILF. Perbincangan lebih berat kepada rancangan Maharaja Lawak dengan komedi-komedi bernas dari semua peserta program. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan gua dah suruh maro jadi wiper cermin depan sekali.

Dari Highway LPT, ambik exit Srijaya. Pastikan awek tol berada di sebelah kanan pemandu. Bayar tol dan jangan lupa ucap terima kasih. Depan sikit dari tol, amek simpang ke kiri. Terus je sampai jumpa signboard ‘Hutan Lipur Berkelah’ di sebelah kiri. Masuk kiri kat signboard tu kalau nak pergi air terjun Berkelah. Jalan terus kalau nak pergi Gambang. Gua ambik keputusan untuk ambik kiri sebab di Gambang takde air terjun Berkelah. Jam 1800 gua berhenti drive sebab dah sampai. Maro cakap perjalanan ke kolam No. 2 ambik masa setengah jam dari tempat parking kereta.

Sampai campsite, macam biasa terus pasang flysheet. Tak bagi can langsung gua nak mengurat awek khemah sebelah. Nasib baik masing-masing cekap. 15minit dah siap dan terus meniruk. Gua sempat jeling-jeling awek khemah sebelah sambil bagi isyarat suruh mandi dekat sungai. Memang ngam, 10minit lepas tu dia turun sungai pakai tube kaler merah. Gua menten macho.

Malam ni Chef Nije masak. Masak spaghetti katanya. Nasib baik Nije ada. Kalau harapkan Bob, memang makan megi je. Tapi berterabur juga gua tengok Nije masak megi. Gua ingat terer sangat. Cis!!

Sebelah malam diisi dengan sesi sandarkan pada kenangan. Gua malas nak ambik port. Geng-geng Liverfool je yang suka sandarkan pada kenangan. Sebagai fan Arsenal, gua lebih suka berbincang tentang pembetukan player muda sejak dari bangku tadika. Nasib baik Nije bawak kamera. Takdela meleret sangat sesi sandarkan pada kenangan tu.


Dua
Tidur gua diganggu oleh teriakan manja Nije. Langsung mati nafsu tidur gua. Gua bangun dan tengok mimi dah siap buat air. Perghh!! Ni first time mimi jadi orang pertama bangun. Sebagai ucapan tahniah, gua minum air yang mimi buat.


Sarapan pagi ni roti je. (puasa-puasa macam ni, tulis roti pun dah buat gua telan air liur).

Guide tempatan Fazrul Rusdi cakap, amek masa 45 minit nak sampai ke kolam no. 7. Sebelum sampai ke kolam no. 7, kita akan jumpa kolam no. 3,4,5 dan 6 dulu. Gua fikir-fikir, logik jugak cakap guide ni. Takkan jumpa kolam no. 8 sebelum jumpa kolam no. 7. Tapi selain dari kolam nombor bulat, ada juga kolam nombor perpuluhan macam kolam no. 5.2, kolam no. 4.513 dan macam-macam lagi. Gua memang respect dengan technical knowledge guide fazrul.
guide tempatan fazrul berada di depan sekali

Perjalanan ke kolam no. 7 diselang-seli dengan perbincangan-perbincangan teknikal. Ini adalah supaya level peserta program dapat disamakan dengan level guide fazrul. Antara topik yang menarik adalah spesifikasi kolam. Isu seperti isipadu air kolam nombor bulat dibincangkan secara serius.

Gua cemas bila sampai di kolam no. 7. Guide Fazrul Rusdi secara teknikal memberitahu keluasan kolam adalah sebesar sebuah padang bola sepak. Walaupun gua rasa sebesar 4 court futsal, tapi gua diam aje sebagai tanda menghormati guide tempatan.

Sesi mandi kolam dimulakan dengan kolam no. 7, diikuti dengan kolam no. 6 dan no. 5. Kaedah permandian beradas ini diselang-seli dengan kelas menyelamat dan kelas berenang. Teori mimi yang menyatakan seseorang akan timbul sebanyak tiga kali sebelum lemas juga dibuktikan di kolam no. 5. Dengan ini, teori tersebut dinaiktaraf menjadi satu hukum, setaraf dengan Hukum Newton.

kolam nombor 5.0

Kira-kira jam 1230, kami sampai di lokasi abseiling. Tak jauh dari khemah. Kira-kira sepelaung jauhnya. Sesi abseiling dimulai dengan upacara makan tengah hari.

Mimi mengetuai sesi pemasangan sistem abseiling. Gua tengok sistem simple je. Gua rasa mimi patut dokumentasikan sistem yang dipasang supaya dapat dijadikan rujukan oleh generasi akan datang.
Satu demi satu peserta program menuruni air terjun secara abseiling. Nije sempat menunjukkan sifat kewanitaan beliau apabila meminta Bob untuk menggantikan tempat beliau. Namun memikirkan konsekuensi yang bakal diterima, Nije tetap turun dengan muka yang kelat. Gua sempat turun sekali. Gayat jugak gua rasa. Tapi gua menten macho.

"Woi!!kau buat rilek dahla. jangan la cuak!!" tengking gua pada maro @ fazrul

tengok macam gua.tenang macam air di kali


Dalam jam 1600, semua dah turun. Barang-barang dikemaskan dan kami berangkat pulang. Pengalaman pulang ke KL gua malas nak cerita.

nampak awek kat belakang tu?
p/s: entry ni gua dah tulis dalam forum SRC. gua malas nak taip balik. jadi gua cut & paste je. kualiti memang ke laut. sapa-sapa ada jual mesin copy & paste yang berkualiti, sila kontek gua. ASAP

9 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

serammm.....

lu dapat agak brape rumah jin tanah dah lu langgar tak?

jenanese said...

aku,
banyak juge yang gua langgar.tapi gua pegi ngam2 sehari sebelum puasa.gua bajet diorang sibuk buat persediaan menyambut ramadhan.

tasekM said...

aksi terjun tu... aku plak yg gayat.

heh.



.

jenanese said...

tasek,
gua pun gayat juge..hehe

Anonymous said...

kolam no2 keluasan dia brape?best x?

jenanese said...

anon,
kolam nombor dua kalau tak silap gua, dalam 15 meter persegi..best juge..ada awek tube merah..

Zafira said...

cerita memang dah menarik tapi aku tak tahu kenapa, hati aku ni macam ternanti-nanti watak yayaden dalam entri ni. haha. :p

jenanese said...

ascarya wikrama,
haha..yayaden watak separuh fiksyen..cerita ni adalah realiti..jadi yayaden tak boleh masuk dalam cerita ni..

cik meow said...

seronok nyee...(=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...