Pages

2011-10-31

Pertandingan Teh Tarik

Satu
 
Di Cafe sekolah cuma ada 2 jenis makanan. Pertama, nasi dengan telur goreng yang disimbah sambal. Kedua, nasi dengan ayam masak merah.


Budak-budak yang berduit biasanya makan nasi lauk ayam. Harga RM 1.50. Yang kurang berduit makan nasi lauk telur. RM 1.00.


Mat Songkok lebih gemar makan nasi lauk telur. Alasannya, telur ada semua bahagian ayam. Dada, kepak, peha, etc. Lebih nilai untuk wang. Tapi sebenarnya Mat Songkok termasuk dalam golongan tak berduit.


Tapi malam tu Mat Songkok makan nasi lauk ayam.


"Makanlah. Kalau tak cukup tambah lagi. Cikgu belanja" Pelawa Cikgu Aznan sambil mengurut-ngurut janggutnya.

Mat Songkok makan sambil tersengih-sengih.

Dua

Pertandingan Teh Tarik anjuran BPP (Badan Perwakilan Pelajar) tinggal lagi 3 hari. Yayaden dan 2 orang lagi kawannya mula gelisah. Satu apa pun belum buat lagi. Gerakan-gerakan tarik teh belum difikirkan lagi. Training fitness jauh sekali.

Yayaden nekad.

"Kandaq, Astar, malam ni kita ponteng Maghrib. Kita training tarik teh kat bilik air" arah Yayaden selaku ketua kumpulan.

"Mana nak cari koleh?" soal Kandaq dan Astar hampir serentak.

"Mat Songkokkkk!!!!!" jerit Yayaden.

Terkocoh-kocoh Mat Songkok mendapatkan Yayaden.

"Aku nak kau cari 6 biji gayung. Bagi kat aku. Sekarang" arah Yayaden.

"Tapi saya nak pegi makan ni bang. Dah lambat ni" jawap Mat Songkok.

PANGGGGG!!!!!!!

Satu pelempang singgah di pipi Mat Songkok.

Mat Songkok cepat-cepat beredar tanda faham maksud pelempang Yayaden.


Tiga

"Kau buat gaya harimau. Aku panjat atas kau. Kau pulak tadah air dari bawah" arah Yayaden.

Pergerakan mereka semakin lancar. Yayden yakin mereka akan memenangi pertandingan tersebut.

"WOII!!!Takde kerja lain ke??!!Orang pergi sembahyang, kau main air!!!" jerkah Cikgu Aznan.

Kelam kabut mereka bertiga mencari jalan keluar. Tapi satu-satunya pintu dah ditutup Cikgu Aznan.

"Malam ni aku nak korang berdiri depan Dataran Ilmu sampai habis prep. Pakai tuala sahaja" arah Cikgu Aznan.

Muka Yayaden merah. Tambah-tambah lagi bila Laila nampak dia berdiri dengan bertuala sahaja bila Laila menuju ke kelas prep selepas solat maghrib.

Yayaden bingung macam mana Cikgu Aznan boleh dapat tahu dia ponteng Maghrib.

14 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

berapa pinggan mat songkok tambah? yayaden mesti pelik mat songkok dapat makan ayam lak kan.heh

nur yana said...

tahun bila nieh? apsal mcm tahu2 je kes berdiri dkt dataran dgn towel nieh. laila dah cun. kesian. jatuh saham yayaden. kah3x

Zafira said...

haha. serius kelakar. aku rasa idea kau kreatif sangat, macam tonton star wars. keh keh. siri 3, siri 1, siri 2.

sukalah tu aku puji, haha.

jeb said...

Dr3belas,
gua rasa 2 pinggan jugak mat songkok balun malam tu..haha

yana,
tahun dirahsiakan la.saham dah kira jatuh menjunam dah ni..haha

zafira,
suke3.tq3..kih kih kih..

Jib said...

Salam Jeb, aku batch Yayaden (bukan nama sebenar)
Kalau hang bukukan koleksi Mat Songkok aku beli dulu, haha..

jenanese said...

jib,
salam..apasal nama kau lebih kurang sama dengan aku ni?haha

kau batch yayaden (bukan nama sebenar)? haha..cemas dah aku.ingatkan batch yayaden (nama sebenar) mampos yayaden (nama sebenar) belasah aku kalau dia tau aku guna nama dia.

Jib said...

Jeb, memang nama aku sama ngan nama ko dan aku pun batch Yayaden (bukan nama sebenar).

Aku tak pukul budak jadi ko mesti tak ingat aku. Hehe

jenanese said...

Jib,
nama jeb/jib ni khas untuk orang-orang hensem je. mana ada yang hensem selain gua kat jenan dulu.baik lu mengaku nama penuh lu..cis

Jib said...

Lu carilah sendiri, hehe.. Teruskan cerita lu pasal Mat Songkok, aku terhibur baca..

FVN said...

Jahatnya Pak Ya!

jeb said...

jib,
hah!!baru gua ingat.senior gua ada nama najib. najib sateria ke ni?

faryn,
ni bukan pakya ni..gua saje gune nama yayaden sebab nama dia komersil..

p/s2: yayaden (nama sebenar) memang wujud kat jenan. tapi cerita ni takde kena-mengena dengan yayaden (nama sebenar). gua guna nama yayaden dalam cerita ni sebab ada komersil value.

p/s1: mampus gua macam ni.kalau yayaden (nama sebenar) baca blog ni, gua mintak kebenaran guna nama yayaden eh.

Muhd Aizat said...

oh tak sangka kau pandai mengarang ye..heheh

Anonymous said...

Pak ya dh kuar.. Bile nk kuar remy, nuaq bobo siam sume plak haha?

jenanese said...

muhd aizat,
gua pun tak tau jugak..haha

anon,
haha..mampos aku kena belasah dengan geng2 ni nanti bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...