Pages

2011-10-07

Fire Triangle


Gua tengok Discovery Channel banyak jugak cerita orang masuk hutan. Dulu-dulu gua minat tengok Man vs Wild. Menarik jugak gua tengok Bear Gryll survive dalam hutan. Tapi sekarang jiwa gua lebih kepada How I Met Your Mother. Barney Stinson tu boleh tahan bangang gak dia punya perangai.

Tapi kadang-kadang gua tengok jugak Discovery Channel ni. Adala dua tiga rancangan orang masuk hutan. Satu yang gua ingat, Dual Survival. Dua orang lelaki omputih masuk hutan. Satu lagi gua tak ingat tajuk. Tapi pasal dua orang laki bini masuk hutan.

Antara scene penting dalam cerita masuk hutan adalah scene hidupkan api guna kaedah primitif. Ada yang gosok buluh, ada yang ketuk batu. Kalau lu orang rajin tengok cerita masuk hutan, ni adalah scene wajib diorang. Jadi gua nak cerita sikit pasal api.

3 (tiga) elemen penting dalam penghasilan api adalah udara, haba dan bahan api. Kalau tak faham, cuba tengok 'Fire Triangle' kat bawah. Kalau tak faham jugak, sila berhenti baca entry ni sekarang. 

 
Sekiranya salah satu dari elemen ni takde, api takkan menyala. Kau ada bahan api, ada udara, tapi takde haba, sampai kiamat pun takkan ada api. Senang cakap, gua bawak solid fuel tapi tak bawak lighter, gua memang bangang.

Kalau gua bawak lighter, bawak minyak petrol, tapi tempat tu takde udara, api takkan terhasil. Api tak terhasil bukan sebab gua mati sebab takde udara, tapi udara memang diperlukan untuk penghasilan api. Pendek kata, ketiga-tiga elemen ni wajib ada, barulah api akan terhasil.

Bahan api ada banyak. Solid fuel, gasoline, diesel, petrol, etc. Tapi apa yang membezakan setiap bahan api? Mana satu yang lebih baik? Sebab menghidupkan api lebih penting dari jumlah haba yang dibekalkan oleh api (dalam konteks trekking), gua cerita pasal auto-ignition temperature sahaja.

Auto-ignition temperature adalah suhu minimum di mana sesuatu bahan api boleh terbakar. Aku ambik contoh gasoline. Auto-ignition temperature bagi gasoline adalah 280 Deg Celsius.

Katakan kau pergi camping kat gurun sahara. Kau bawak gasoline. Dan katakan suhu gurun tu cecah 280 Deg Celcius. Gua tak tau logik ke tak. Tapi gua kata, katakan. Jadi bila suhu dah cecah 280 Deg Celcius, gasoline kau akan terbakar sendiri. Kau tak perlu pakai mancis, lighter, etc. Gasoline akan terbakar secara automatik kerana haba yang dibekalkan oleh suhu persekitaran dah cukup untuk membakar gasoline. Udara tak payah cakapla, memang bersepah-sepah.

Jadi sekarang kau dah ada udara dan bahan api. Satu lagi elemen adalah haba. Ambik contoh gasoline tadi, dengan keadaan cuaca Malaysia, tak mungkin suhu persekitaran boleh sampai 280 Deg Celsius. Jadi sesuatu alat yang boleh mencapai suhu tersebut harus ada. Paling biasa kita jumpa adalah lighter. Api lighter menyala pada suhu 1277 Deg Celsius. Cukup untuk membakar gasoline. Api mancis boleh pergi dari 600 Deg C sampai 800 Deg C. Rokok boleh cecah 300 - 600 deg C. Paling power kilat, boleh sampai 30,000 Deg C.

Dalam hutan kau ada banyak udara. Bahan api pun bersepah. Kau boleh guna serbuk kayu, ranting kayu, baju, spender, etc. Tapi masalah bagi  benda-benda ni adalah auto-ignition yang tinggi. Kayu punya auto-ignition adalah 430 Deg C. Kau ingat gesek buluh boleh sampai 430 Deg C? Berdarah tangan.

Jadi apa motifnya gua buat karangan panjang-panjang ni? Gua cuma nak cakap, kalau masuk hutan, jangan lupa bawak lighter. Jangan terpengaruh sangat dengan omputih dalam Discovery Channel. Itu bangang namanya.

5 pendapat tak boleh pakai:

Anonymous said...

gempak jgk ilmu hutan ko jib

Anonymous said...

hohohho.ilmu api kot

Zafira said...

haha.. okay, ini baru 'bukan ajaran sesat'. kau patut jadi team DC. nanti boleh tengok kau dalam astro, haha. :D

Nizam.Ariff said...

Satu lagi.......

plastik...

kalau lighter basah kena hujan, bernanah jugak ibu jari petik lighter... hahaha

jenanese said...

anon,
ni bukan ilmu hutan ni..hoho

zafira,
kalau jadi team DC, gua nak masuk rancangan The Deadliest Catch

aku,
betul..plastik pun boleh jadi umpan api..

peralatan basah ni dah masuk topik 'pencegahan kebasahan'..aku aku sentuh topik ni dalam ceramah aku kemudian..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...