Sebenarnya, bekerja di depan papan kekunci ini bukanlah fitrah manusia. Tubuh manusia ini dicipta untuk pergi berburu. Tangan manusia ini bentuknya sedemikian rupa supaya mudah untuk kita memegang kayu dan batu. Kaki kita ini dicipta supaya mudah untuk kita berlari dan mengejar. Mata kita ini berada di depan kerana kita adalah pemburu. Sama seperti mata helang, serigala, harimau, singa dan buaya. Bukan seperti mata itik, lembu, kambing, arnab yang menjadi binatang buruan.
Nampak tak kita sebenarnya dilahirkan sebagai pemburu.
Tapi entah manusia bangang mana yang mencipta kerusi yang empuk. Seterusnya membuatkan kita berasa selesa untuk duduk. Kita tak mahu lagi berlari untuk berburu.
Ada pula yang berkata, berburu menyebabkan peluh yang busuk. Aku menjawap, badan manusia memang dicipta untuk mengeluarkan peluh. Mengapa harus dipersoalkan tentang peluh? Kalau kita berfikir, entah berapa banyak peluh Adam semasa dia keluar berburu akan cinta Hawa.
Jadi sekarang ini aku nak keluar berburu tempat tidur. Ngantuk sangat dah duduk di depan kompiter ni.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

7 pendapat tak boleh pakai:
resign je la jib. keje sendiri pulak.
ko salah tuh. aku tgk drama jepun, my boss my hero, dia ckp mata arnab lebih power dr manusia. mata arnab boleh nampak 360 degree. ko dtg dr belakang pown dia tahu. maka seharusnya manusia lebih mudah diburu dari arnab.
bagi menjawab soalan ko tentang kerusi empuk tu..org yg menjumpai foam empuk yang kini digunakan sbg kusyen utk kerusi tu adalah encik Otto Bayer, juga pengasas kepada syarikat Bayer.
anon,
abis sekarang ni lu ingat gua suruh orang lain ke buat kerja gua?
yana,
cuba kau fikir semula.kenapa mata ultraman di depan.
azhar,
bayer ni hidup lagi ke?mesti tak pernha join pengakap bayer ni.
kau berburu tidur tu tak guna tangan kaki jib. tak berpeluh pulak tu masa kau tidur. kau tak dilahirkan untuk berburu jib.
pecayolah cakap esey ni.
zafira,
den bukan eh berburu tido.den berburu tompek tido.bukan main payah laie nak cari tompek tido kek sini.tompek tido paling power den pernah buru adalah jamban.
da lama k.o. laa jib..
Post a Comment