Macam main bola, nak tulis blog ni pun kena ada warm up rupa-rupanya. Baru naik semangat nak menulis. Cakap pasal bola, semalam Arsenal kalah. Memang cilake. Aku baru ingat nak nak berlagak dekat nasri, sekali kalah pulak. Fabregas pun bukan main suka lagi dapat pegang piala kelab dunia. Terus aku unfollow twitter nasri dengan Fabregas.
Hujung-hujung tahun ni banyak betul kes-kes perkahwinan. Banyak yang menjemput aku untuk menghabiskan nasi minyak diorang, tapi aku tolak mentah-mentah. Aku ada banyak komitmen sekarang. Nak bancuh horlick lagi, nak tukar pampers lagi, nak panaskan air mandi lagi. Itu belum kira komitmen pergi membeli minyak mestika. Kes membeli minyak mestika ni aku cerita lain kali.
Tapi dalam banyak-banyak kes perkahwinan, aku terpaksa terima satu kes dari Seremban. Sepupu aku menikah Jumaat lepas. Jadi pada hari kejadian, aku pakai baju biasa-biasa je. Baju penanggah orang kata. Aku buat muka cemas sikit, lepas tu aku kehulu kehilir laju-laju. Ramai juga yang cakap aku rajin. Tapi sorangpun tak tau aku buat kerja apa sebenarnya. Sebenarnya aku memang takde kerja.
Jadi bila dah menikah, pengantin kenalah berkenal-kenalan dengan saudara-mara. Sepupu aku pun memperkenalkan saudara-mara aku pada pasangan beliau. Aku tengok mamat ni cool je. Tahniah le bro dan selamat pengantin baru.
Jadi malam tu, untuk pertama kalinya mamat ni tido rumah sepupu aku. Saudara-mara yang lain pun tido rumah sepupu aku. Entah untuk kali keberapa pun aku tak tau. Bukan keje aku mengira-ngira ni.
Esoknya, semua orang bergotong-royong membuat juadah sarapan. Ada nasi goreng, ada roti canai, ada kopi, ada teh tarik. Yang takde, cuma pengantin. Biasala pengantin baru. Letih membasuh periuk belanga bukan boleh hilang sehari dua. Tu belum kira letih malam pertama lagi.
Jadi ramaila tertunggu-tunggu pengantin bangun. Bukan apa, nak beramah mesra. Ye la, semalam masing-masing sibuk buat kerja. Hari ni ada masa, boleh la tanya panjang lebar. Apa kerjanya, berapa usianya, berapa caruman ASB, apa hobi masa lapang, etc etc.
Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya pengantin pun keluar dari bilik. Pakcik aku yang memang power bab beramah mesra ni terus melontarkan soalan yang paling power.
"Kau dah mandi belum?" soal pakcik gua.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

5 pendapat tak boleh pakai:
bab sampai tanya caruman ASB tu gua tatahan... hahaha.... walau pun lu ada-adakan saja, tapi gua tatahan... hahaha
aku,
ini penting dalam menilai menantu tau.sila praktikkan bila ada orang masuk meminang anak lu..kahkahkah
p/s: tahun ni dividen asb tinggi jugak ye
haha.. sudahnya, aku tak ada komen mendalam sebab nak komen lain tu....rasa malu.
*blushing-blushing kucing*
huh mandi apa pakcik?
entry berunsurkan kelucahan patut di gam oleh lembaga penapisan
zafira,
cane orang bujang boleh tau ni..
farahfad,
mana ada lucah..haha
Post a Comment