"Ada lagi? Naik muak aku tengok bunga ni tiap-tiap hari" ngomel Azim pada Safuan lantas meletakkan beg pada kerusi.
"Kau agak siapa yang bagi? soal Azim
"Kau tanya aku, mana aku tau" balas Safuan.
Sebenarnya, Azim suka juga dapat bunga tiap-tiap hari. Cuma, yelah, takkan nak tunjuk sangat depan Safuan. Nanti dikata macam kera dapat bunga pulak.
Azim mengagak, Nora yang letak bunga ros merah di meja dia tiap-tiap pagi. Kalau betullah Nora, suka sangatlah Azim. Nora memang cantik. Kulit putih gebu. Pandai bergaya. Memang taste Azim.
Fauziah pun boleh jadi. Azim mengagak lagi. Walaupun tak putih macam Nora, tapi cukup sexy. Terkinja-kinja juga 'adik' Azim bila ada kesempatan mengerling betis Fauziah yang sawo matang tu.
Tapi janganlah Nita. Simpang malaikat 44. Nita ni sudahlah tak cantik, tak sedar diri pulak. Tiap-tiap hari menggedik dengan Azim. Ajak makanlah, ajak tengok wayanglah. Azim rimas betul dengan Nita ni.
"Susah-susah, kau stay up la kat ofis. Tengok siapa yang datang letak bunga" tiba-tiba Safuan bersuara.
"Kau memang bijak Safuan. Macam kelinci" puji Azim.
Jam 5.30 petang, semua orang mula balik. Azim masih di kubikel.
"Eh? Tak balik lagi ke Azim sayang?" tegur Nita dengan gaya gedik.
"Kau diamlah!" herdik Azim.
Nita mencebik.
Jam 8.00 malam, Azim masih sibuk melayan facebook dan twitter di kubikel.
Kreeuukkk.....Bunyi pintu dibuka.
Azim menjengah.
"Cilaka kau!!" Azim menjerit sambil membaling kalkukator fx-350ms beliau.
Paaaapppppppp.....
Kalkulator singgah tepat di muka Safuan. Bunga ros merah terlepas dari tangannya.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

8 pendapat tak boleh pakai:
weyh, haha.
sebenarnya safuan ni nak kenakan azim ke or safuan memang ada hati kat azim?
boleh tak nak cakap fuan suka azim? hehe. :p
Ofis ni kat ireland ke?haha
entry berunsurkan gay..
ape2 pon aku suka Safuan.
mungkin kau patut tukaq nama safuan jadi aliff afian
zafira,
lu tau jawapan gua..kahkahkah
dr3belas,
nama melayu ni pih..hehe
fara,
ko LBGT ke?
nanti ada yang bercium sorang pakai tengkolok sorang pakai suit kang....
aku,
takkan melayu hilang di dunia..haha
agak bodoh gak safuan. sebab safuan yang suruh azim stayback, pastu sendiri kantoi.
kesian nita.
lady Rara,
kahkahkah. U ni macam tak pernah main cinta kat sekolah..malu tapi mahu..
Post a Comment