Pages

2011-12-04

Rancangan Makanan Sedunia

"Rancangan Makanan Sedunia ni mesti menjadi" ujar Mat Songkok dalam hati.

Mat Songkok bergerak laju menuju ke Blok A sambil menyorokkan beger yang dibeli di Cafe di dalam baju.

Makanan kat Jenan, sama macam sekolah-sekolah asrama lain merupakan satu komoditi yang sukar didapati dan datangnya dari 3 sumber. 1) Dewan Makan 2) Hasil 3) Cafeteria

Makanan di Dewan Makan memang celaka dia punya rasa. Tak sedap langsung. Dahla tak sedap, lalat pun kadang-kadang kau boleh jumpa dalam lauk. Abang-abang DM pulak kerek semacam. Mintak kuah lebih pun taknak bagi.

Hasil pulak bukan selalunya ada. Seminggu je paling lama dapat bertahan. Habis, mak kau bekalkan makanan untuk kau sorang. Tapi satu dorm datang menumpang makan.

Jadi alternatif terakhir adalah makan di Cafeteria.Untuk golongan tak berduit macam Mat Songkok, beli makanan kat Cafe serupa macam beli emas. Nak beli dah satu hal. Nak makan pun satu hal. Kalau tak kena gaya, makanan habis kat kawan-kawan je.

Jadi Mat Songkok dah merancang Rancangan Makanan Sedunia. Segalanya harus diatur rapi. Beger kena dibeli tanpa pengetahuan orang. Yang paling penting, Mat Songkok taknak ada orang yang patuk beger dia. Mat Songkok dah pilih satu tempat yang strategik. Dia yakin takkan ada orang yang akan tau dia makan beger malam ni.

"Chantek. Baru sedap makan bila takde orang kacau" ujar Mat Songkok sambil mengunyah beger kat tempat persembunyian.

Asyik betul Mat Songkok makan bila tiba-tiba...

PAPPPPP!!!!

Lampu terbukak. Bilik tempat persembunyian Mat Songkok terus menjadi terang. Mat Songkok tergamam. Nasib baik beger tak terjatuh.

"Woi Mat Songkok! Apasal kau makan kat dalam stor ni?! Nak mampus cepat ke?" tengking Yayaden yang niat sebenarnya nak mencari beg.

Mat Songkok diam. Kaki terketar-ketar.


"Sebab kau suka sangat duduk dalam stor, aku nak kau tido dalam stor malam ni" arah Yayaden.

"Beger tu bagi aku" tambah Yayaden.

"Cilake. Macam mana boleh kantoi ni" soal Mat Songkok dalam hati sambil menyusun beg untuk dijadikan bantal.

6 pendapat tak boleh pakai:

Zafira said...

Wua. Ha ha. Serius aku tak boleh bayangkan muka lemah lagi simpati MS. Terasa nak aplikasi jurus 'ular melilit akar' je kat Yayaden. Yeah.

Nur Yana said...

makcik dm tuh bilang, kamu bayar sehari seringgit je, makan mahu complain. cik lin n pak sharip punya tender plg sedap. lepas pada tahun pertama, tahun kedua aku kt sana, dewan mkn lagi pelik rasanya. this year balik jenan, mknn dia lagi xkena tekak.

apapown, bila dah kuar, baru aku rasa yg mknn dm tuh dulu kira heaven gila. skrg study, dpt mkn 2x sehari lauk telur pown dah cukup syukur.

n esok hari syura kan. klu kt jenan dulu, tiap2 rumah kacau bubur sendiri. sedapnya.. tp kt cnie semua org pown mahu berpuasa.

jenanese said...

zafira,
power betol jurus lu. mana belajar?haha.baik lu sedekah makanan kat MS.sian dia kelaparan.haha

yana,
cik lin dgn pak sarep ada lagi?cik lin dulu selalu buat sambal tempoyak masa aku f5.pak sarep selalu main takraw dgn aku.diorang mmg baik.

haaa..betol2.tiap2 rumah masak bubur asyura kat parking lot sebelah dataran ilmu.biasanya rumah cendekia paling power dia punya bubur asyura.kau dulu rumah apa eh?

eh.taknak invite aku untuk blog ko ke?

nur yana said...

1 of them dh meninggal kan. cmna plak dia bleh wt ko sambal tempoyak? sll g lepak umah dia ke.

aku andeka.

blog tuh. hold skjp.lebih bnyk burok dr baiknya.

Anonymous said...

jib,ape cara aku nk kontek ko selain dari msg..?aku nk cite panjang dgn ko pasal rock n bargading ni..kalo msg,pnjg lak..abis kredit aku nnt..bnyk bnda aku nk cite..ko msg kat aku cane cara dia, fb ke, kat blog ko ni ke..

yg kacak bergaya,
johncavalera

jenanese said...

john..john..john..

1) kau boleh call aku.ko ada num telefon aku kan?
2) kalau syg kredit,blh emel aku. najib.alias@yahoo.com
3) kalau free,dtgla shah alam/seremban.boleh mabuk2.
4) srcutm.yuku.com juga adalah satu wadah penyampaian maklumat
5) mungkin boleh ym..sms aku tarikh dan masa bila nak ym.add aku kat ym. najib.alias@yahoo.com
6) aku takde fb.
7) boleh tweet aku. add tweet aku: pakkoncoro
8) kalau semua di atas tak boleh, sila tulis surat pada aku.alamat:
11, jalan 18/16C, seksyen 18,40200 Shah alam selangor.

p/s: kepada hotchick2,jgn dtg serbu rumah aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...