Masih belum sempurna..
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
GRAAHHHHHHHH
Guruh berdentum. Langit menunjukkan tanda nak hujan. Jepp berlari-anak anak di lorong belakang kedai yang berabu hanyir. Dia cuba melarikan diri.
BRAAHHHHHHHHH
Hujan turun terus lebat. Jepp masih melarikan diri tanpa menghiraukan hujan yang menitik menimpa tubuhnya.
Hujan makin lebat. Berselang-seli dengan angin yang kencang yang menerbangkan kotak-kotak coklat. Jepp terus berlari. Baju t-shirt 'saya sayang mak saya' berwarna hitam itu basah lencun ditimpa hujan yang menggila.
Tapi tiada tanda-tanda Jepp nak berhenti. Sekali-sekali kakinya termasuk ke dalam lopak air. Jepp tidak peduli walaupun kasut Onitsuka Tiger berwarna hijau silau yang dia beli di Uptown Shah Alam habis basah.
Habis 250 ratus duit Jepp membeli kasut tu. Tapi malam ni dia biarkan basah. Dia harus cepat. Dia harus melarikan diri.
Larian Jepp makin perlahan. Kakinya tak mampu untuk menanggung badannya yang seberat 90kg. Apatah lagi jantungnya yg penuh dgn tar-tar hitam. Jepp bukanlah perokok. Tapi bekerja sebagai buruh buat jalan memaksa Jepp menghirup wap-wap panas tar. Wap-wap inilah yang menghitamkan jantungya.
Jepp berhenti. Jantungnya tak mampu lagi bertahan. Dia menarik nafas perlahan. Cuba membayar balik hutang-hutang oksigen kepada jantungnya. Tapi jantungnya mahukan lebih oksigen. Dia tercungap-cungap gagal mengawal pernafasan.
Hilang segala ilmu pernafasan yang dia pelajari semasa berguru silat. Kembang kempis dada Jepp mengaut sebanyak mungkin udara.
'Cilake.dah dekat dah. Dia dah dekat dah. Mana aku nak lari ni?' jepp cemas sambil matanya melilau mencari tempat persembunyian.
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

4 pendapat tak boleh pakai:
mesti busuk melantong baunye... keh keh
aku suka pos kau yang ini!heh
geli do
aku,
bau petai..haha
dr3belas,
tq pih.
farahfad,
macamla ko tak pernah melepas hajat.
Post a Comment