Pages

2012-04-19

Langkah-langkah


“Yang dah pergi tu, pergilah dia. Kita yang kat dunia ni kena teruskan hidup”

“Kau apa tau Jelani? Selama ni aku bergantung hidup kat ayah aku. Nak harapkan abang aku tu? Ptuiihhhh!! Sampai mati aku tak makan” ludah Ijai.

“Tapi kau rilek-rilekla sikit. Banyak benda nak kena setelkan ni” Jelani cuba bermain psikologi.

“Setel apa setel?!! Tanah tu sape nak ambik, ambikla. Aku tak heran. Bagi semua ke abang aku tu. Kau tengok tu. 7 tahun tak balik kampung. Balik-balik menyangkul tanah. Kemaruk sangat nak ke tanah arwah ayah la tu” bentak Ijai.

“Kau ni aku rasa dulu UPSR 5A. Apasal jadi baghal sangat ni? Kan ke abang kau tengah kambus kubur ayah kau tu. Yang kau duduk sini je apahal? Gi la tolong” Balas Jelani.

“Nak layan syahdu pun kacau. Cilakak betol kau Jelani” jawap Ijai sambil menyepak batu. Sakit jugak kaki Ijai sebenarnya.

Orang kata selepas 7 langkah orang beredar dari kubur, malaikat akan datang menyoal mayat.

Ngam-ngam 7 langkah Ijai, dia terpandang satu susuk putih.

Dengan berkain tudung chiffon 3 layer, berbaju kurung putih, dan buku yassin di tangan kanan, dia tak ubah seperti Fatin Liyana kalaupun tidak Yuyu Zulaikha.

“Sedara aku belah mana pulak yang lawa ni?” soal hati Ijai.

“Mungkin sedara belah arwah mak aku ni. Lawa semacam je. Belah arwah bapak aku tak mungkin selawa ni. Tapi apasal aku tak pernah nampak? Raya pun tak pernah datang rumah dia ni” cerita Ijai ke Jelani.

.....

“Kau rasa siapa Jelani?”

.....

“Kau apasal senyap je Jelani?

.....

“Cilakak! Aku jalan sorang-sorang rupanya! Bangsat!”

Bertempiaran Ijai lari ketakutan. Hampir-hampir dia terlanggar lembu betina yang tengah meragut rumput. Nasib baik lembu tu sempat elak.

Hari-hari Ijai dihantui oleh susuk perempuan tersebut. Puas difikirkan siapa empunya gerangan. Habis dia selak album-album lama keluarganya. Tapi tak juga bertemu jawapan.

Hampir-hampir sahaja Ijai nak pergi berjumpa dengan bomoh Kijal. Dengar khabar dia boleh bercakap dengan orang mati. Kalau betul, dia nak bomoh Kijal bercakap dengan arwah mak dan ayahnya. Dia nak bertanyakan pasal awek bertudung chiffon 3 layer tu.

“Kau ni dah-dahla melepak. Pergila mencari kerja. Tu aku dengar Pak Mail nak upah orang menoreh kat kebun dia. Pergila kerja dengan dia” Tegur Bidin, abang Ijai.

“Kau diam boleh tak? Kau sengaja nak suruh aku keluar dari rumah ni kan? Senang kau nak curi geran tanah ayah kan?” Bentak Ijai.

“Astaghfirullah....”

“Bidin, kau ada nampak awek cun kat kubur aritu tak? Sedara kita ke?” Ijai cuba berlembut.

“Awek mana pulak. Aku tak nampak pun. Dahla. Malam ni aku nak balik KL. Kau tolong hantar aku kat Stesen Bas” balas Bidin.

Ijai mengangguk.

....

Orang kata lepas 7 langkah orang beredar dari kubur, malaikat akan datang menyoal mayat.

Tak sampai 7 langkah Ijai menapak, dia terpandang satu susuk.

Dengan berkain tudung chiffon 3 layer, berbaju kurung putih, dan buku yassin di tangan kanan, Ijai gembira kerana inilah awek yang dicari-carinya. Terus sahaja Ijai pergi mendapatkan dia.

“Salam, saya Ijai. Awak ni saudara saya sebelah mana ye?” sapa Ijai.

“Salam. Saya Ain. Kita ni sepupu. Tapi tak pernah jumpa kot. Sebab family saya dulu duduk di Jepun. Mengikut ayah saya belajar kat sana”

“Ooooo...anak Pak Ngah la ni kan?”

“Ye-ye. Takziah ye. Baru je lepas Pak Teh meninggal, ni abang awak pulak meninggal. Nasib baik awak selamat dari eksiden tu. Dengar kata teruk juga arwah masa eksiden tu” balas Ain mesra.

Ijai tersenyum. Rancangannya menjadi.






8 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

kerana pompuan..cilakak punya Ijal!!

jenanese said...

pih,

lu faham ke cerita gua ni? haha

Mohafiz MH, M.D. said...

ijal accidentkan abang dia kan? abang dia mati..pastu pompuan tu datang melawat lagi..dapat lah ijal jumpa..

ke salah pemahaman aku ni?haha

jenanese said...

lu memang power pih!!

Zafira said...

haha.. 3 kali aku baca baru faham. dahsyat betul ek psikologi penulisan kau. mungkin sebab kau suka merepek kot. tu nampak macam taktikal sikit plot cerita tu. :p

komen lain - haha, aku mengesani pengaruh dialek terengganu dalam penulisan kau. hak hak.

jenanese said...

zafira,
aku suka merepek?aku matang kot..haha

bercakap pasal dialek terengganu, aku nak request ko buat entry pasal perbezaan dialek boleh? aku musykil macam mana ada banyak dialek kat msia ni.paling pelik dalam satu negeri ada dialek lain2. mohon pencerahan.

Mohafiz MH, M.D. said...

haha..ko suspek aku aku tak paham jib..sekali baca je kot.haha..aku ngan ko memang sama2 suka merepek kot.sebab tu senang paham

Anonymous said...

gilo ijai.mentel dak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...