Pages

2012-04-16

LIBUR


Hujung tahun lepas gua telah hantar entry ni ke editor majalah Libur.

“saya suka dengan gaya penulisan anda dan saya akan siarkan artikel anda pada keluaran Februari”.

Lebih kurang begitulah emel yang gua terima dari editor tersebut.

Gua punya teruja sampai tiap-tiap hari gua pergi ke kedai buku nak tengok Libur bulan Februari.

“Bang, majalah libur biasanya datang hujung bulan. Ni baru 2hb. Abang tak payahla datang tiap-tiap hari” ujar budak jaga kaunter kedai buku.

“kau diam!!” ujar gua sambil menyepak pelipis kiri budak tersebut.

“kecik-kecik dah kurang ajar” bentak gua.

Akhirnya pada 24 Januari 2012, majalah Libur keluaran Februari diterbitkan.

Mendengar sahaja berita tersebut, gua terus mandi wangi-wangi. Gua capai baju gua yang paling ensem. Nyaris-nyaris gua capai tie untuk dipadankan dengan baju gua. Tapi memikirkan baju gua yang paling ensem adalah baju gotong-royong anjuran pemuda PAS, gua batalkan niat tersebut.

Seawal jam 8 pagi gua dah terpacak di kedai. Mata gua berkaca-kaca melihat majalah Libur di rak buku. Gua capai majalah tersebut dan gua baca penuh minat.

Selepas 10 minit, gua letak semula majalah tersebut di rak sambil gua tersenyum-senyum berjalan ke kaunter.

DUSHHHHHH

“kalau aku nampak lagi kau jual majalah libur, aku bakar kedai ni!!” ujar gua penuh semangat sambil menghayun penumbuk ke muka cashier.

lu ingat gua tipu?

3 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

ko tak beli majalah tu pesal?

artikel tak keluar eh?

jenanese said...

aku,

tak keluar bro..cilakak betol!

Anonymous said...

gua tetap menyokong lu jib..ko hantar jugak walaupun dia rejek beratus kali..


-john cavalera-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...