Pages

2012-04-23

Forklift Driver


Untuk yang tidak mengenali toto, gua sarankan baca entry ini dulu.

Toto ni makin hari makin kerek gua tengok. Bila gua bertembung dengan dia yang tengah bawak forklift, mesti dia taknak bagi laluan ke gua. Mesti nak langgar gua sambil buat muka kerek. Gua terpaksa lebih berhati-hati semasa berjalan di dalam kilang.

Sebenarnya gua pun tak tau apasal dia kerek dengan gua. Dulu ok je bersembang-sembang dengan gua. Sekarang jangankan bersembang, angkat tangan pun tidak. Hal ini dah berlarutan hampir 4 bulan.

Pagi tadi masa gua berjalan, tiba-tiba dia panggil gua. Gua terus pergi ke arah dia.

Sambil tersengih dia tegur gua. “Bontot kau kecikla sekarang”

Gua terus sepak forklift dia melambung ke bumbung kilang.

2 pendapat tak boleh pakai:

Anonymous said...

lu kena terima, dia komen ikhlas tu.

Nizam.Ariff said...

wuih.. penat sungguh bontot lu bekerja sampai kurus...kesiannnnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...