Hal-hal pengurusan perkhemahan ni bukanlah hal yang mudah sebenarnya. Pengalaman aku terlibat dengan aktiviti-aktiviti SRC mengajar aku cara pengurusan perkhemahan yang betul mengikut acuan SRC. Aku cakap mengikut acuan SRC sebab lain kelab, lain cara pengurusannya.
Mengikut acuan SRC, sesebuah perkhemahan mestilah mempunyai seorang ketua yang dipanggil ketua ekspedisi. Tugas seorang ketua xpdc adalah memastikan keselamatan setiap peserta perkhemahan dan membuat keputusan-keputusan yang berkaitan dengan isu perkhemahan. Sebagai contoh, di mana nak berkhemah, macam mana nak susun khemah, perlukah sentry, berapa ramai orang untuk sentry, etc.
Sekiranya terdapat golongan wanita di dalam sesebuah perkhemahan, seorang penolong ketua xpdc yang berjantina perempuan akan dilantik. Tugas seorang penolong ketua xpdc adalah hampir sama dengan tugas seorang ketua xpdc cumanya penolong ketua xpdc lebih tertakluk kepada golongan perempuan. Jawatan ini penting kerana seorang ketua xpdc lelaki mungkin agak sukar untuk memahami pahit getir seorang wanita semasa perkhemahan sedang dijalankan. Ini juga penting dalam komunikasi antara peserta wanita dan ketua xpdc. Sebagai contoh, seorang peserta wanita pastilah malu untuk memberitahu ketua xpdc lelaki yang dia sedang mengalami period pain. Dengan adanya penolong ketua xpdc, peserta wanita tersebut dapat meluahkan masalahnya kepada penolong ketua xpdc dan penolong ketua xpdc akan memaklumkan kepada ketua xpdc. Ketua xpdc seterusnya akan membuat keputusan berdasarkan info yang diberi oleh penolong ketua xpdc.
Selain dari ketua xpdc, SRC juga menetapkan, sesebuah perkhemahan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang 1st aider. Fungsi 1st aider adalah untuk memberi pertolongan cemas kepada peserta-peserta perkhemahan yang tercedera semasa perkhemahan sedang dijalankan. Seseorang 1st aider akan dilengkapkan dengan ilmu-ilmu seperti merawat dan membalut luka, ilmu menenangkan perasaan mangsa, ilmu patah, etc. Ini adalah penting agar peserta-peserta yang tercedera akan mendapat rawatan awal sebelum diberikan rawatan rapi oleh doktor/nurse bertauliah.
Untuk perkhemahan berbentuk statik, seorang ketua tukang masak akan dilantik untuk menguruskan hal-hal memasak. Ketua tukang masak biasanya akan dibantu oleh beberapa orang lagi untuk memastikan kelancaran semasa memasak. Untuk perkhemahan berbentuk nomad, biasanya peserta-peserta perkhemahan akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan makanan akan dimasak mengikut kumpulan.
Namun, apa yang paling penting adalah kebersihan. Semua peserta perkhemahan adalah bertanggungjawap terhadap kebersihan tapak perkhemahan. Semua sampah seperti plastik, bekas makanan, bekas minuman, etc hendaklah dibawa keluar dari tapak perkhemahan dan dibuang di tempat yang sepatutnya. Cuma bahan-bahan yang boleh mereput seperti sisa makanan boleh ditanam. Pembakaran sampah tidak digalakkan sama sekali.
Begitulah sedikit sebanyak tentang etika perkhemahan. Sebenarnya tadi aku tweet Adam Adli ajak join aku camping kat Gunung Datuk, N9. Kalau attitude dia ok, aku ingat nak ajak dia join SRC. Apekejadahnya dia pergi bercamping dekat Dataran Merdeka. Aku harap dia setuju join.

0 pendapat tak boleh pakai:
Post a Comment