Kerja di ruang terkurung bukanlah satu kerja yang calang-calang. Untuk kerja dalam ruang terkurung lu kena ambik dua course. Satu, Authorized Entrant & Standby Person (AESP). Dua, Authorized Gas Tester & Entry Supervisor (AGT/ES).
Gua dah lepas AESP. Jadi 3 hari pertama bulan Julai 2013 ni gua habiskan masa gua dengan kursus AGT/ES.
Punyalah payah course ni sampai ada 5 ujian; ujian objektif, ujian esei, ujian lisan dan 2 ujian praktikal.
Gua nak cerita pasal ujian lisan. Ujian-ujian lain lu boleh tanya masa sesi soal jawap.
Gua macam biasa sentiasa tenang menghadapi ujian. Masa nama gua dipanggil, gua rilek je jumpa pemeriksa gua sambil tersenyum. Dia tengok gua konfiden lain macam terus dia bagi soalan ke gua.
"Cuba lu bagi gua 3 ciri ruang terkurung"
Gua mengeluh panjang. Apa jenis soalan ni. Ini macam punya soalan sambil tidur pun gua boleh jawap.
"Pertama, ruang tersebut tertutup sepenuhnya ataupun separa tertutup. Kedua, tidak direka untuk duduk/bekerja di dalamnya. Ketiga, Mempunyai laluan keluar masuk yang terhad" Gua jawap lancar dalam satu nafas.
Pemeriksa mula kagum dengan kebolehan gua menjawap dalam satu nafas. Terus dia uji giua lagi.
"Cuba lu bagi gua satu contoh ruang terkurung"
Gua pandang dalam-dalam mata pemeriksa gua. Macam tak percaya soalan macam ni boleh keluar.
Gua tarik nafas sampai ke perut sebelum gua hembus dan jawap.
"Ruang hati kekasih lama"
Gua tengok pemeriksa gua dah menitis air mata. Darah mula membasahi baju dia di bahagian dada kiri.
Lagu Tuhan Jagakan Dia tiba-tiba keluar entah dari mana.
p/s: Doakan gua berjaya melepasi ujian ni.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

0 pendapat tak boleh pakai:
Post a Comment