Pages

2013-07-28

Sebak (ini adalah sticky post)

Minggu lepas gua, Mimi dan Names pergi ke Kanchong Darat untuk melawat sebuah rumah anak yatim. Rumah anak yatim yang diberi nama As-Solihin ini mempunyai seramai 65 orang anak yatim. Ada lelaki, ada perempuan. Ada 4 orang OKU. Paling muda berumur 3 tahun dan paling tua berumur 16 tahun.

Kesemua 65 orang anak yatim ini dijaga oleh 3 orang penjaga. Sepasang suami isteri dan seorang sukarelawan yang berasal dari daerah tersebut. 

Mengikut pengetua rumah anak yatim (seorang penggali kubur) tersebut, dia memulakan rumah anak yatim tersebut kira-kira 5 tahun dahulu. Ketika itu, beliau hanya mempunyai wang sebanyak RM500 dan mempunyai seramai 15 orang anak yatim untuk dijaga. Menurut beliau, pada masa itu dia hanya mampu membeli 2 ekor ikan dan dikongsi bersama 15 orang anak yatim tersebut.

Gua tak tau sistem rumah anak yatim lain. Tapi Pengetua dan isteri beliau tinggal bersama-sama anak yatim ini sepenuh masa. Apa yang anak yatim itu makan, itulah yang mereka makan. Apa yang mereka ada, itulah yang mereka beri kepada anak yatim tersebut. Mereka umpama sebuah keluarga besar.

Untuk makluman, rumah anak yatim ini masih belum berdaftar dengan JKM. Namun mereka dalam proses mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat. 

Menurut pengetua, masalah terbesar yang mereka hadapi adalah sumber kewangan. Mereka memerlukan kira-kira RM7000 ke RM8000 sebulan untuk menguruskan perbelanjaan rumah anak yatim ini. Perbelanjaan termasuklah bil api dan air, makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Ketiadaan bantuan yang tetap menyebabkan mereka agak sukar untuk menguruskan rumah anak yatim tersebut. Tambahan pula mereka cuma bekerja sebagai penggali kubur.


Kami akan mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama mereka pada 28 Julai 2013. Kos kami dijangka sekitar RM1500, di mana akan kami kongsi di antara ahli-ahli SRC. Di samping itu kami juga akan menyumbang sedikit bantuan kewangan kepada pihak As-Solihin.

Jika ada kawan-kawan yang mahu menyumbang sama, adalah sangat kami alu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun;
- CIMB Anisaturrahmah bte Mohd Yussof (01160004142208)
FB: @fastabiqul khairat
HP: 0175953940

- Maybank Nadhirah Bte Mohd Zain (158172984182)
FB: @Na Dyrah Zain
HP: 0195043727

Sila sms/call/PM kami selepas membuat sumbangan untuk memudahkan kami mengira jumlah sumbangan.

Segala kerjasama dan sumbangan dari anda kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mimi 0126230582 dan Najib 0137026923

Suka dimaklumkan ini bukanlah satu program rasmi. Ini adalah program kecil-kecilan atas usaha rakan-rakan dari SRC. Tiada sijil mahupun resit dapat diberikan kepada para penyumbang. Cuma ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua orang yang menyumbang. 


 
rumah anak yatim as-solihin

2 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

Bro,
Aku dah... ke Nadhirah:
Reference number: 1841446427
Transaction date: 18 Jul 2013
Transaction time: 13:12:06
Semoga dapat disampaikan ke sana. TQ.

jenanese said...

Nizam Ariff,
Terima kasih dari pihak kami. Semoga anda dikurniakan rezeki yang banyak dan berkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...