Gua punya malas nak pergi kerja dah sampai tahap dewa. Semangat nak kerja dah takde langsung. Tiap-tiap hari gua bangun pagi dengan perasaan malas.
Gua memang terfikir nak berhenti kerja. Lama dulu. Tapi banyak benda yang buat gua teragak-agak.
Kalau ikut hati memang gua nak resign secepat mungkin.
Jumaat, 5 Julai 2013
Pagi-pagi dalam pukul 8.15 gua sms bos gua.
"Bos, gua tak dapat datang keje. Gua kena attend funeral"
Sudah tentu gua sms masa gua tengah bergolek atas katil.
"OK. HR requires death certificate to approve your leave" balas bos gua.
Cis!! Mana gua nak cari sijil mati?
Tapi gua rilek je. Ini hal dunia. Semua benda boleh handle. Gua fikir dalam-dalam macam mana nak setel hal sijil mati ni. Akhirnya gua beroleh idea.
Isnin, 8 Julai 2013
Gua masuk kerja dengan perasaan tenang. Bila-bila masa bos gua akan panggil mintak sijil mati.
Macam yang gua agak, bos gua panggil.
"Najib, mana death certificate?"
Gua senyum nipis. Gua keluarkan kertas dari beg gua.
"Sori bos. Gua takde sijil mati. Tapi ni surat resign gua. Mohon lu approve"
Gua letak atas meja sambil senyum.
You really don't know if this zone will work until you put your tyres in the dirt - Where The Trail Ends, 2013


9 pendapat tak boleh pakai:
Bos lu jawab apa. "Haiya, mati gua..." Macam tu ke?
seriously? tabik spring!! mesti kes berani buat sbb dh ada offer keje lain.
Smbotak,
Haha..gua takdela sepenting tu..
Yana,
Gua tak dapat offer lain pun..keje lain pun gua tak cari..haha..
lu memang tak terikat... lu bebas... itu semangatnya...
Nizam,
Betul2..mencari kebebasan..kihkihkih..
Whoah? Really? Hehe.. Kalau betul, semoga berhasil menemukan kerja baru! :p
#supporter of risk-taker
Zafira,
Thanks for ur support..(:
Oh. Saya tahu perasaan ini. Dah tak sanggup datang kerja dengan rasa tak best, dengan rasa terpaksanya, gue resign aje. Padahal kerja baru pun belum ada.
Tapi yang penting, rasa lega.
Yup. Lega.
Tata,
Haha..betul2..hari sabtu pun dah rasa tak best..
Post a Comment