"Puasa ni Nije...." gua cuba membuka topik perbincangan.
"Bukan setakat menahan diri dari makan dan minum" sambung gua.
Nije adalah seorang pemuda kelahiran Jerteh. Gua dengar cerita, dia pernah dinobatkan sebagai lelaki paling smart di stesen bas Jerteh. Sejauh mana kebenaran cerita tu gua tak dapat nak kenal pasti.
Walaupun mempunyai reputasi sebagai lelaki paling smart di stesen bas Jerteh, tak semestinya beliau tidak kecewa. Kekasih (kini bekas kekasih) Nije memutuskan hubungan untuk bernikah dengan lelaki lain. Jadi sebulan dua ini memang kehidupan Nije agak suram dan muram.
Nije menyalakan sebatang rokok Marlboro sambil tangan sebelah lagi menekan-nekan kekunci Blackberry beliau. Dia berhenti sekejap sambil melihat gua.
Gua yang faham maksud beliau terus sambung ayat gua.
"Puasa juga mengajar kita untuk menahan diri dari menghubungi kekasih lama...." ujar gua penuh yakin.
Gua tengok Nije kopek satu-satu keypad Blackberry beliau sebelum dimasukkan ke dalam gelas teh o suam. Sekali teguk je habis semua teh o sekali dengan keypad-keypad.
p/s: Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat muslimin dan muslimat.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

2 pendapat tak boleh pakai:
Tak pose ke tu makan keypad?
Nizam Ariff,
Malam ni. Lepas teraweh. haha
Post a Comment